my family

my family

Monday 29 April 2013

JOM BER 'ESP' BERSAMA SAYA!! (^_________~)

Assalamualaikum n selamat pagiii...!!! (^_________^)

Hari nie nak bercerita pasal keterujaan anak2 bujangku nak mencuba minum ESP mamanya.... Hahhaaa... sori ekk anak2ku... ESP tu utk mama sorg jer... kamu berdua cukuplah ambik Vit C jer... Hairan juga... apa yg buatkan anak2 bujang saya teringin nak ambik ESP atau Energizing Soy Protien dari Shaklee nie ye...??

Menurut anak yg sulung (abg mie), sebab nak kulit cerah mcm mama... kata saya, kan kulit mama mmg dah cerah dari dulu... tapi kata abg mie, betul tapi abg mie tengok kulit mama makin putih n gebu walaupun hari2 mama keluar memandu dlm cuaca panas... biasanya org lain klu selalu terdedah cahaya matahari mudah naik jeragat kat muka n kulit pun jd gelap... tp mama still putih n makin putih plk abg mie tengok... Oohhh..! adakah ayat abg mie nie, membodek mamanya semata-mata??? Hehheee.... Bodek atau tidak yg pasti hati mamanya dah kembang setaman! Senyummmm sampai ke telinga dah....! (^______^)

Menurut anak yg tengah pula (Ameer), yg sorang nie paling saya terkejut sbb baru malam tadi berbunyi nak mintak sikit ESP mama katanya... nak tau apa keistemewaan minum ESP n apa kesan kat dia klu dia amalkan... Kalau org lelaki ambik ESP nie boleh tambah kehenseman ke maaa??? Soalan apakah ituuu??? Adakah soalan itu ada kena mengena dia nak kata mamanya nie makin CANTIKKKK??? kah kah kah!!! perasannya mama kamu nie...!!! ^^  dan seperti biase.... SENYUMMMM.... (^______~)

Apa keistemewaan Energizing Soy Protien? Tengoklah gambar kat bawah nie... (^______^)


Energizing Soy Protein ~ Vanilla

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya..
* Tumbuhan berprotien yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protien soya dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan
* Membantu mengekalkan kepejalan otot
* Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah
* Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Banyak lagi kelebihan ESP nie... Ini antara yg saya kongsi dari rakan2 tentang kebaikan n kelebihan Energising Soy Protein... Memang Terbaikkkk!!! (^_____^)


 KEISTIMEWAAN ESP

♥ Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
♥ Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
♥ Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
♥ Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
♥ Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).
♥ Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
♥ Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
♥ Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

Ni pula kesan sampingan..:)

1. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
9. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.
11. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.
12. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.

Kesan sampingan tu, tapi sangat best kan?


Semua dah baca kannn... Apalagiii, jomlah ber ESP  bersama-sama saya!! (^______^)

Saya adalah pengedar SHAKLEE anda yg sah... SID: (908094) 


Jika anda berminat dengan supplemen dari SHAKLEE, hubungi saya/ sms : 0199085054... TQ

Sunday 21 April 2013

Jalan2 cari makan

Assalamualaikum...

Mlm2 nie rajinlah plk nk menaip.. Hehhee.. Pinjam ipad hubby nie.. Best lak menaip sambil baring2 nie.. Santai jer... (^____~)
Cerita apa nak kongsi mlm2 nie erkk? Ermm... Nk cerita pasal mkn mlm td laa... Haaa.. Setelah memusing cari tmpt mkn akhirnya sggh satu kedai nie.. Nk cuba ke tak mkn tempat baru nie?? Muktamad setelah berhenti 3-4 kedai mkn n dlm pd tu dh berkira-kira ke KFC je pilihan akhir.. Kami  pun pusing semula.. Tetiba nmpk kedai mkn yg mcm best jer.. "Kali nie kita sggh jelah bang! Asyik mkn tmpt yg kita biase mkn je, sesekali kenalah cuba tempat lain.. Klu x sedap kire pertama n terakhir ler mkn kat situ..." Cadang saya pd hubby... Akhirnya semua setuju... Oh ya! Ank bujang kami berdua tu pun ikut sekali yer.. Diorglah paling cerewet bab makan nie... Kalau boleh hari2 nak makan masakan mamanye jer..! Mama pun nak rehat jgk nak oiii.... Penat hari2 masuk dapur.... Hehhee.... Esok kita mkn kat umh ekkk... (^_____~)

Siap meng'order' makanan, kami tggu dgn sabar sambil borak2 santai anak beranak... Lebih kurang 20minit, sampailah set mkn mlm yg kami order... Siakap 3rasa, tomyam campur, telor dadar, sotong msk lada hitam, sayur kcg+ayam, kailan ikn masin, ulam timun n sambal belacan dgn jus buah tembikai... Alhamdulillah... Memang sangat menyelerakan! Kiranya, tak sia-sialah mencuba makan d tempat baru mlm nie.... (^_______^)

Oklah, itu jer nk cerita... Selamat malam semua....

Friday 19 April 2013

Honeymoon Lagiiii....!! 'Chengdu~Emeishan' 6day 4night.... (^______^)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Senyummmm..... (^________^) ...... Wah! cerianyaaaa..... Bagussss! (^____^)

Hari nie nak cerita pasal supplemet lagi ke? Heeeee... biasalah kannnn... dalam kehidupan harian kami pun sentiasa ada supplement shaklee di sisi... ^^ ~ tak kira di mana jua kami berada... Seriussss! Begitulah gayanya bila dah jatuh cinta dgn supplement nie... (^____~)
Rupanya dah lebih sebulan tak menulis kat blog nie.. Rindu plk lama x berkongsi cerita... sibuk sikit sejak akhir2 nie... masa x mengizinkan utk brlama-lama dpn laptop... Alhamdulillah, hari nie sempatkan juga utk menaip berkongsi cerita... Cerita apa ya? Tentunya cerita percutian terbaru kami ke Chengdu, Shicuan China... Seperti biasa, kami kesana berdua sahaja... Ya! Honeymoon lagiii!!! (^_____~)

Trip kami ke Chengdu ~ Emeishan selama 6hari 4malam.. (16hb ~ 21hb march) menaiki Air Asia X.. Kami bertolak dr rumah ke LCCT lbh kurg pukul 3am... Pukul 6am sampai airport... Alhamdulillah, senang sikit sejak anak sulung kami mahir memandu nie... dah 2x tugas Abg Mie hantar n ambik mama n abahnya ke airport bila nak ke luar negara... Kali nie ditemani adiknya Ameer... Ameera plk tak dpt ikut sekali sbb tggal d asrama... Sebelum anak2 balik, biasalah, berbakul-bakul pesanan dari mama n abahnya.... (^___^)

Kami slmt berlepas lbh kurg pukul 9.30am... Penerbangan selama 5jam... Lepas ambil sarapan, kami pun tidur sepanjang penerbangan... (mengantuk, maklum x cukup tidur)... Lebih kurang pukul 3pm kami selamat mendarat di lapangan terbang Chengdu... Suhu 18'C... tidaklah sesejuk masa kami pergi Beijing tahun lepas... Rasanya, dari segi cuaca, kali nie lebih selesa...

Apa istimewa Chengdu? Turun je kapal terbang, dah terpampang poster2 beruang PANDA! Sepanjang perjalanan ada je poster PANDA.. Ya! memang PANDA laa yg istimewa kat sini...

Ini adalah antara foto-foto percutian kami yg dpt saya kongsikan.. banyak tempat2 menarik kat sini..







     


MAAF ye... Lepas foto-foto melawat tempat panda nie, saya campur2 letak lintang pukang foto-foto sepanjang lawatan kami ke beberapa tempat menarik di Chengdu... (^___^) Foto-foto kami berbaju sejuk tebal n pemandangan berkabus tu, kat Emeishan.. kat sana je cuaca tahap gigil! heheee... 5'C ke bawah... pasal kat puncak gunung! kabus tebal sgt... Rehat sekejap kat atas tu n dpt menyaksikan kabus tebal hilang tiba2... Barulah dpt tengok pemandangan dari puncak... Tapiii... sekejap je..! Lepas tu kabus dtg balik... Mmg menakjubkan! Tak sia2 panjat gunung bagai nak pengsan! Sayalah org paling akhir sampai kat puncak tu...huhu... Balik hotel je terus telan OSTEMATRIX 4biji... Bangun esoknya, Alhamdulillah segar n bertenaga kembali... (^______^)























Oklah, setakat itu sahaja cerita saya... Lainkali kita cerita lagi ye... In Shaa Allah~ (^_____^)  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...