my family

my family

Tuesday 19 February 2013

Jom Kunyah CHEWABLE VITA-C PLUS! (^____^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Senyummm... (^_____^)

Hari nie rase rajin pulak nak menaip.. tengah lipat kain tetiba rase nk buka blog..so, kain tggu jap yer.. sementara ada mood nak menaip nie... hehee...
Nak cerita pasal Chewable Vita-C Plus nie... Mula2, saya malas juga nak mkn Chewable nie.. sbb kami sekeluarga dah ambik Sustained Released Vita-C.. Tapiii..bila dah order dan stoknya masih tak kunjung tiba, akhirnya saya ambik jugak Chewable ni sebagai pengganti setelah kehabisan stok Vita-C..

Sebenarnya sama je khasiat Chewable dgn Sustained Released Vita-C...Yg membezakannya ialah 'mg' sahaja.. Chewable Vita-C Plus ada 100mg utk 1 tablet... Sustained Released Vita-C pula ada 500mg utk 1 tablet.. Chewable mmg sangat sesuai untuk kanak2.. rasanya yg ala2 asam boi tu memang sedappp! (^___^)

Bila saya dah kunyah Chewable tu, wah! best la plk... Suami dan anak2 pun suka! Nak khasiat yg sama mcm Sustained Realesed tu kami ambil 5biji sehari... Kunyah je bila2 masa kami suka...! hehee... Anda sekeluarga juga boleh cuba Chewable Vita-C nie... Sebotol boleh kongsi bersama... kanak2 cukuplah di beri sebiji setiap hari ye... Yg dewasa sikit bolehlah tambah ikut keperluan tubuh masing2...


Haaa... kannn... di mana2 pun boleh di bawa Chewable nie... Kunyah sambil memandu pun besttt sangattt! Tak perlu lagi kunyah gula2 yang manis terlampau tu yer... karang tak pasal2 gigi cepat rosak! blh dpt kencing manis lagi tuuu... So,cubalah bertukar pada Chewable Vita-C nie yer... In Shaa Allah, kesihatan anda akan bertambah baik dengan bonus kulit sihat, cantik, gebu, anjal dan menawan! (^____^)

Jom kita order Chewable Vita-C Plus sekarang! Kali nie dalam pack 300biji sebotol tau...! Sangat berbaloi untuk seisi keluarga... Semua akan dapat khasiatnya!

Jom kita kunyah Chewable Vita-C Plus bersama-sama... (^____^)

    

Thursday 7 February 2013

SHAKLEE MEAL SHAKES



                                         ~Meal Shakes, Makanan Segera Tanpa Curiga~

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik.

* Sediakan vitamin dan mineral penting - nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.

* Sumber terbaik serat pemakanan dan protien.

* Sumber pekat kalsium.

* Index glisemik rendah.


Wednesday 6 February 2013

NUTRIFERON

NUTRIFERON ~Immune Support ~ Sokongan Imun~























Kemajuan Besar Dalam Sains Imun Sistem

NutriFeron merupakan satu produk berpaten, campuran ekstrak tumbuhan bagi pengukuhan imun yang terbukti secara klinikal. Bila di ambil secara harian dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

* Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita.

* Satu-satunya supplemen yang dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima selepas lebih 40 tahun penyelidikan.

* Mengandungi MACH, satu campuran interferon yang meransang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.

* Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia.

* Boleh di dapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Perbezaan Shaklee

Dalam satu kajian makmal baru-baru ini, NutriFeron telah menunjukkan yang ia memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semulajadi (NK) - sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun.















GEMUK VS KURUS

Baru-baru nie ada yang bertanya.. "kak Na, ada tak supplemen yang boleh naikkan berat badan? saya nie dah cuba macam2 produk tapi still x naik2 beratnya.. risau jugak..makan dah banyak.. tapi kering semacam jugak.. rasa rendah diri sangat nie kak!" Huhuu... sambil gelak saya cakap, "awaklah org kedua yang tanya pasal supplemen utk gemuk selepas ank sulung saya sendiri.. lagi satu, awaklah org pertama yag cakap rasa rendah diri sbb kurus! Kebanyakan yang gemuk je rasa rendah diri nih!" hehee...

Serius! memang ramai org bertanya bagaimana nak kuruskan badan dan nak cantik berbanding nak gemuk dan nak kesihatan yang baik.. Tapi, jangan bimbang ye, yang ambil supplemen set utk kurus dan cantik dari Shaklee sememangnya akan dapat bonus kesihatan yang baik luar dan dalam juga! Dah terbukti ramai yang berpuashati setelah mengamalkan pengambilan supplemen nie.

Kebiasaannya, saya cadangkan untuk mereka yang nak kurus dgn bajet yg rendah, saya syorkan ambik Alfalfa or Herblax utk detox, ambik Lecithin utk bakar dan pecahkan lemak2 dan ambil ESP utk tenaga dan otot.. Bajet lebih bolehlah ambik CINCH inch loss plan! (^____^)

Sebenarnya banyak lagi supplemen dari shaklee yang boleh menyumbang utk diet sihat anda. Antaranya adalah Omega Guard.. juga bertindak untuk proses pembakaran lemak. Alhamdulillah, memang ada yang dah berjaya turunkan berat badan sejak mengamalkan set yang saya cadangkan di atas tadi.. salah seorangnya adalah anak saudara saya sendiri... berat beliau dari 101kg dah turun ke 86kg dlm masa 2bln... Tapi harus di ingat ye, dia ambik supplemen dgn senaman yg konsiten! selalu buat sit up utk kempiskan perutnya dan ke gym juga! Bersenam itu sangat penting utk proses pembakaran lemak menjadi lebih mudah. Kalau makan supplemen lepas tu tidur n bersenang2 je mmg lambatlah nak dapat hasilnya kannnn....? (^__~) So, makan supplemen dan mulakan untuk gaya hidup yang sihat ya! (^_____^)

Oklah, setakat itu dulu cerita bab nak kurus ye... sekarang nak cerita pasal nak gemuk pula... hehee....
Saya ada juga cakap, nak gemuk tak susah laa... makan je banyak2... heee... silap tuuu... makan banyak pun kena hati2 juga ye... badan tak gemuk tapi karang kolestrol yang gemuk pulak! hehee... Oleh kerana saya tak pernah bagi cadangan supplemen utk gemukkan badan, jadi saya tanya pendapat kawan2 yang biasa cadangkan untuk customer diorang... Inilah antara supplemen yang di cadangkan mereka ye...
Untuk naikkan berat badan, anda bolehlah ambik MEALSHAKE, VITA-LEA dan B-COMPLEX... haaa.. kalau dah bejaya naikkan berat badan dengan supplemen nie, jangan lupa jadi model akak ye...! (^____~)

Nampak tak? menaip cerita untuk nak kurus lebih banyak dari yang nak gemuk tuuu.... heehee... Apa-apa pun kita memang harus berusaha.. tak kiralah nak gemuk atau kurus... (^____^)

Sampai sini dulu cerita supplemen untuk hari nie ye... nak masuk dapur dah... sambal sotong + petai, request dari hubby untuk lunch hari nie... So, jom masak!

   

Tuesday 5 February 2013

Jom kita Melabur untuk Jantung yang Sihat! (^___^)

Salam ceria di pagi selasa yg mendung.... 

Kalau rasa sayang kat jantung kita n nak minda yang kuat supaya mudah mengingat tuuu... Jom sama2 kita amalkan pengambilan supplement fish oil Omega Guard dari Shaklee yg bermutu tinggi nih! Kami sekeluarga telah mengamalkannya... terutama suami saya sendiri... Alhamdulillah, suami saya dah dpt kesan yang baik sejak makan fish oil nie... tekanan darah n kadar kolestrolnya semakin terkawal dgn bonus tiada lagi serangan gout yang menyakitkan!

Promo bulan februari kali nie mmg sangat menguntungkan! Omega Guard beli 6 percuma 1... dapat keahlian percuma n dapat bonus juga! Berbaloi sangat untuk kita melabur kearah jantung yang sihat!

*pm saya untuk pesanan ya! (^_____^)




Monday 4 February 2013

~TRIP TO BEIJING ~MAC' 2012~ Honeymoon lagiii...!! (^__~)

Assalamualaikum... kepada yang singgah kat blog saya nie, terima kasih ye... kerana anda sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa nie... (^____^)

Emm.. dah hampir 12 tgh malam... sambil menunggu anak bujang kedua balik dari kerja, so, bolehlah saya menulis kat sini... Apa lagi cerita nak di kongsikan ye...? hihii... Oklah, kali nie nak cerita percutian kami suami isteri lagi ye... Kali nie dpt trip ke Beijing pula... Alhamdulillah... Syukur sangat sbb memang kami teringin sangat nak tengok antara 7 keajaiban dunia kat sana tu... Apalagi kalau bukan Tembok Besar China!

Penerbangan kami kali nie menaiki pesawat MAS... Kalau sebelum nie check-in kat LCCT, kali nie check-in kat KLIA pulak... Penerbangan pagi, dan mengambil masa selama lebih kurang 6jam juga utk sampai ke Beijing. Rasanya penerbangan kali nie lebih selesa kerana banyak kemudahan yang MAS sediakan utk kami manfaatkan sepanjang penerbangan nie... Seperti biasa, pemandu pelancong dah siap sedia menunggu setibanya kami di sana... Senyum meleret pemandu pelancong bernama Merry menyambut kedatangan kami... ramah tamah orgnya dan mmg cun jugaklah..! hehe.. (^____~)  



Oleh kerana kami sampai dah petang.. so, aktiviti kami adalah jalan2 cari makan sebelum check-in kat hotel yang telah di sediakan... Senang nak makan kat sini sbb ada restoran muslim... makanan kat sini juga memang mewahlah... lagi tak penuh 1 meja memang tak sah! Menu yg terlebih sudah...! huhu~ 

Kenapa saya kata terlebih sudah? sebabnya, dah siap makan pun masih ada menu baru yang di hantar! Sup sayur dan daging kambing pelbagai jenis resepi sememangnya menjadi menu wajib kat sini... 

Hari kedua kami, bermulalah perjalanan mengunjungi tempat2 menarik di sana... Inilah antara foto2 yg dapat saya kongsikan bersama di sini.... Sememangnya Beijing Bandar yg sibuk! Jem di mana2... Hon yg sentiasa berbunyi... kadang2 lucu jugak tengok cara pemanduan di sana... Membunyikan hon sebagai cara komunikasi antara pemandu... mungkin! (^____~)  






Di Tian An Men Square... Mmg luas sungguh tempat nie... Lenguh kaki jalan kat sini.... kebetulan angin kuat waktu kami ke sini...


Besarnya pintu nak masuk Kota Larangan nie... Selalu dok tengok citer kat tv je... Heee... Lebih kurang sama je istana kat sini dengan istana yang kami tengok kat Korea...


Cun kannn pemandu pelancong kami nie... (^____^)


Naik beca kat Hu Tong... masa nie angin kuat gilerr! kesian kat tukang kayuh beca nie... penat mengayuh lawan angin keliling tempat nie... akhirnya kami pakat2 bagi upah lebih dari sepatutnya... Rupanya hari yang sama juga berlaku ribut teruk kat sini... Syukur Alhamdulillah, kami tidak berada di sini ketika kejadian... 




Akhirnya tempat yang kami paling nak tengok dah di depan mata! Tembok Besar China sepanjang 6000km...  Subhanallah... begini rupanya antara 7 keajaiban dunia nie... Mmg menakjubkan!








~Semoga Cinta Kami Seteguh Tembok Besar China~ (^______^)


 Best makan aiskrim sambil berjemur kat sini... Di sini juga dapat jumpa ramai pelancong dari malaysia dan org islam dari negara lain juga... makanan halal ada di sini... sedap dan sgt memuaskan! (^____^)






Ke Stadium Sarang Burung pula... ( 2008 Olympic ~ Bird's Nest )





Menyaksikan persembahan Theater, "Golden Mask Dynasty"

Antara adegan menarik dan sangat mengejutkan.... tetiba jer pentas yg cantik bertukar jadi mcm nie... menggambarkan dgn jelas keadaan banjir besar yg berlaku dlm cerita nie...
Tamat sudah.... Ramai betul pelakon2 theater nie...

Setelah 5 hari 4 malam di sini.... tibalah masa utk check-out.... 

Nak balik dah.... 

Bye.... Bye.... Beijing.... (^_____^)


Rasanya dah banyak foto2 kami di Beijing saya kongsikan di sini... So, selamat menjamu mata... In Shaa Allah... akan datang, giliran anda pula ke sini.... Aamiin~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...