my family

my family

Sunday 30 December 2012

~ KENANGAN TERINDAH ~ (Guilin China 2010)

Assalamualaikum....
Kali nie saya nak berkongsi gambar percutian saya dan suami ke luar negara... antara negara yg di lawati ialah China dan Korea... Emm... mmg menarik berkunjung ke negara yg belum pernah kami sampai nie... Banyk pengalaman baru yg kami kutip di sana... Banyak tempat2 menarik dgn pemandangan gunung ganangnya, makanan n org2nya yg ramah n tmpt membel belah yg murah n sgt berbaloi... Cuacanya, mmg sejuk yg amat! baju sejuk sentiasa di badan... (^__^)
Pertamakali melancong ke China ialah ke Guilin... Turun je dari kapal terbang dh mggigil kesejukan... sampai je terus d bawa dgn bas ke taman tema ala2 kat Genting Highlands tu, n bermalam kat situ... Ramah betul pemandu pelancong bg penerangan... siap nyanyi lagu 'rasa sayang' lagi! hihi...~ Tempat penginapan pun mmg selesa... bertaraf 5bintang... pergi berdua sememangnya bagi kami umpama berbulan madu lahhh... (^__~)

Inilah antara tempat2 menarik yg kami lawati sepanjang 5hari 4malam di Guilin China 2010...




Pemandu pelancong yg ramah n suka buat lawak menceriakan kami sepanjang perjalanan....

Naik boat menyusuri sungai tengok pemandangan indah n perkampungan kat sini....








Paling best menyaksikan persembahan teater dlm tasik dgn pelakon yg lebih 200 org.. (satu gambar ni je yg ada n dpt di kongsi, pasal kmi menghayati betul persembahan nie) kagum tengok diorg main air tgh mlm dlm cuaca sejuk! menyanyi n menari.. penuh warna warni.. paling best part tuan puteri dgn bulan merindu menunggu kehadiran putera raja kekasih hatinya! hehee... semua dlm bahasa mandarin.. tp beruntung ada kawan jd penterjemah sukarela... TQ Miss kwan! (^___^)





Nie pun best jugak.. ~berakit di tasik smbil barsantai dgr lagu ala2 jual beli pantun dgn org tepi tasik.. happy je walaupun tak faham apa yg d lagukan.. dpt plk mainan ala2 tanglung yg d lempar ank2 dara dr tepi tasik tu.. lucunye bila suami kata dh tak boleh beza org keje pejabat ngn tukang dayung rakit kat sini pasal semua pakai kot..maklum cuaca sejuk! hehehe~ (^___^)









Ini sahaja gambar2 yang dapat saya kongsikan bersama.... (^___^)
InsyaAllah, nanti saya kongsikan memori percutian kami di Korea n Beijing pula... So, tungguuu... (^___^) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...