Assalamualaikum semua...!! (^_______^)
Jumpa lagi kita di alam maya.. Hari ni nak citer pasal apa ye? Oh ya! Sebelum tu saya nak ucapkan selamat hariraya Aidilfitri maaf zahir dan batin.. Dah hampir 2mggu kita dibulan syawal..
Citer tentang raya baru ni, saya n famili beraya di rumah kami sendiri je.. al maklum, bila anak2 dah besar ni diorang lebih selesa dirumah sahaja utk sambut 1syawal.. diorg pun jarang2 dpt balik.. tempat study masing2 pun jauh.. so bila balik n cuti lama sikit mcm nilah nak manfaatkan duduk dirumah sendiri.. bilik n katil sendiri.. rindukan masakan mama n eratkan lagi kemesraan antara ibubapa n adik beradik lain.. bunyi mcm ramai kan.. hehee.. hakikatnya diorg 3beradik jer..
Cerita raya pertama kami sempoi je.. mlm raya sibuk buat kek n gulai daging.. pepagi lagi dah menanak nasi tomato n lauk pauknya.. buat pulut kuning sikit.. seperti biasa juga saya dibantu suami n anak2 utk sediakan menu raya.. utk bahagian kecerian rumah pula anak dara saya yg urus.. mlm raya juga masa utk gosok baju utk dipakai esoknya.. tugas anak dara juga.. mujur senanghati je dia menggosok baju.. almaklum juga sebab dpt apa yg di idamkannya.. kasut raya mahal dari kasut mama! huhuu.. sabo jelah anak dara sorang nie.. jarang buat permintaan.. sekali buat nak yg mahal plk tu.. nasib baik mama ada bonus Shaklee.. hehee.. Alhamdulillah.. (asal jgn melebihi kemampuan je..)
Pagi raya semua bangun awal.. siap sedia apa yg patut.. tema baju tak ada tahun ni.. masing2 pakai baju raya ikut pilihan warna sendiri kecuali abah dan mamanya.. makan sekeluarga dipagi raya dah jadi adat.. kemudian bermaaf-maafan n suami n 2bujang kami ke Masjid utk sembahyang raya.. saya dan anak dara pula sambung buat apa yang patut utk tetamu datang berkunjung.. Oh ya.. oleh kerana abah saya x beraya dirumah sendiri tahun ni, so kami ziarah awal kubur arwah mak dibulan ramadhan.. bertahlil seperti biasa di pusara arwah mak dgn abah n ahli keluarga yg lain.. Hariraya memang makin tebal rindu pada arwah mak.. semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Aamiin~
Oklah.. seperti biasa, sesi bergambar wajib pada hariraya nie.. hehee.. jom ler tengok gambar2 kami dipagi raya.. 2 keping jer.. sekeping lagi tu gambar raya tahun lepas.. mood sedondon tahun lepas.. hehee..
~ AIDILFITRI 2014 ~
~ AIDILFITRI 2013~
Alhamdulillah.. Syawal tetap disambut dgn gembira walau sedih meninggalkan Ramadhan yg penuh keberkatan.. Dalam gembira tetap juga teringat pada saudara seislam di GAZA.. semoga mereka beroleh kemenangan.. sayu dan pilu lihat penderitaan mereka disana.. Syurga pasti menanti mereka yg Syahid..
Sampai disini dulu cerita raya saya.. In Shaa Allah akan disambung utk part 2 beraya di Penang n Perak dihari raya kedua n ketiga, juga bercuti-cuti raya ke Cameron Highlands di raya keempat dan kelima.. soooo... TUNGGUUUU....! (^_________^)

No comments:
Post a Comment