my family

my family

Monday, 30 March 2015

CUTI2 CNY.. BERKELAH~MEMANCING~MEMASAK..

ASSALAMUALAIKUM...

SENYUMMM... (^_______^)

Malam ni nak throwback cerita cuti2 CNY tempoh hari... Rasanya percutian kali ni paling menyeronokkan dan menjimatkan! Kami semua sangat enjoy!!

Percutian kami kali nie tak dirancang.. walau suami ada tambah cuti slps CNY.. mlm CNY tu adik yg kat Muadzam dtg sekeluarga ke rumah.. siap bwk 2 ekor ayam n bahan masak yg lain.. Terus je kami plan nak keluar awal pagi esok utk cuti2 Malaysia.. pasal diorang dah bwk bahan mentah utk masak, akak pun teruslah buat persediaan utk masak sebagai bekalan kami 2buah keluarga..

Semangat akak bangun awal pagi dgn adik ipar utk masak! Menu kami adalah nasi putih dgn gulai kari ayam, ayam masak merah n acar timun.. siap masak je suami ambil alih masukkan semua masakan dlm bekas sementara kami bersiap.. Oh ya! sebelum tu adik lelaki sibuk goreng roti canai segera utk sarapan kami.. kiranya semua ada tugas.. kerjasama gitu!

Siap je sarapan kami pun mula bergerak utk percutian 4hari 3malam kami..

Destinasi pertama kami adalah ke CAMERON HIGHLAND..


Kemudian kami teruskan perjalanan ke SERI ISKANDAR.. menyewa homestay disana pula.. kebetulan anak bujang kedua AMEER ada kat sana.. so sambil cuti sambil jenguk anak laa.. best kat sini.. kami masak2 macam rumah sendiri.. siap makan je jalan2.. esoknya kami masak2 n berkelah ke TELUK SENANGIN LUMUT PERAK.. kebetulan adik yg tinggal di MANJUNG pun ada, so diorg pun join sekali! Siap dgn menu nasi ayam special dari adik ipar.. Menu kami pula sempoi jer.. nasi tumis berlauk sama macam nasi lemak! Hehee... yg pasti bujang akak AMEER makan bertambah-tambah! Dah macam makan kat umh sendiri je katanya... siap bekalkan utk kawan2 serumah sewanya.. Semua pun puji mama masak sedap katanya.. kembang kuncup dah mama! ;p Hahahaa...



Hari berikutnya kami ke rumah kakak sulung di SLIM RIVER PERAK.. sebelum tu kami singgah sebentar ke KELLY'S CASTLE.. katanya tempat ni menyeramkan di malam hari.. entahlah.. kami pergi waktu siang.. memang macam biasa jer.. org pun ramai.. siap menikmati aiskrim magnum dlm cuaca panas waktu tu...



Lebih kurang pukul 3ptg kami sampai ke rumah kak long.. sampai jer terus mkn tghari yg dah siap terhidang! Memang sedapppp air tangan kak long! Sementara kami makan tu anak saudara dah sibuk dgn batang pancing n umpan2nya nak memancing.. rupa2nya suami n adik pun ada bwk joran jugak! Huhh! Macam dah plan jer! Lepas asar diorg gi mancing.. Alhamdulillah berhasil dgn tangkapan ikan haruan! Lepaslah utk menu makan malam kami... JIMATTTT... (^______^)









Inilah antara gambar2 yg menjadi kenangan... ikan haruan tu buat masak serai utk makan malam kami.. nanti dilain post akak akan kongsikan resepi sempoinya yer... Tungguuu...

Keesokannya kami bertolak balik selepas sarapan... seperti biasa percutian kami disambung ke setiap tempat peranginan yg dilalui.. mula2 kami singgah sekejap ke GENTING HIGHLANDS.. kemudian teruskan perjalanan ke BUKIT TINGGI.. kat sini kami lama sikit.. maklum ada yg belum pernah naik kesini.. Seronoklah juga sebab ramai org waktu nie.. maklum cuti CNY.. macam2 bangsa ada.. dalam n luar negara waktu tu.. seronok anak2 saudara naik lori katanya dari COLMAR ke JAPANES VILLAGE.. tercungap-cungap daki bukit tu.. huhuu... Enjoy sumgguh!





Oklah.. itu sahaja perkongsian cuti2 kami utk kali nie... pinggang pun dah sengal2 minta OSTEMATRIX SHAKLEE nie... Sooo... kita cerita lagi dilain hari yer... :))

Semoga anda juga enjoy membaca dan melihat foto2 percutian yg tidak seberapa dari kami nie... ^^

Selamat malam semua... mimpi yg indah yer... (^_______^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...