my family

my family

Tuesday 24 March 2015

RESEPI MASAK LOMBOK

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..

SENYUMMMM.. (^_____^)

Hari nie saya nak kongsi resepi paling ringkas n mudah n semestinya sedappp!! ;)
Kebetulan smlm dah mkn luar dgn pelbagai menu, so hari nie saya nak masak simple jer.. dan mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga terutama anak bujang kedua kami.. Teringat plk kat dia masa masak n makan td.. maklum dia jauh nun di Perak.. biasanya dialah yg selalu request masakan nie..

Oleh kerana masakan ni agak berminyak, so saya mmg siap sedia ambik Omegaguard Shaklee lepas makan.. nak kawal kadar kolestrol n bakar blk lemak2 yg x perlu tu.. kan nak sihat.. kenalah beringat-ingat selalu.. betul tak? ;)
Sooo... Jom Masak!!

BAHAN2 DI PERLUKAN;

1) Ikan bilis dlm semangkuk kecil
2) Cili api dlm 10-15 biji atau lebih utk yg suka lagi pedas
3) Bawang merah n putih
4) Air asam jawa
5) Garam n gula secukup rasa

CARANYA;

1) Ikan bilis di goreng n ketepikan
2) Tumbuk cili api, bwg merah n putih kemudian tumis hingga garing
3) Masukkan air asam jawa
4) kacau n bubuh sedikit garam n sesudu kecil gula
5) Bila nmpk dah kering air asam tu baru masukkan ikan bilis yg siap digoreng tadi
6) Kacau sebati n siap utk dihidang dgn nasi panas2..

JOM TENGOK GAMBAR STEP BY STEP CARA MASAK..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...